..SEGALA YANG TERTULIS BUKAN TENTANG KAMU ATAU DIA..
(penulis nya tiada wawasan, jadi anda tidak perlu komen apa2)
My Photo
tuan blog telah mati..

Thursday, 21 October 2010

BILA LELAKI MULUT BER'GULA'..

.

nada bicara mu lembut..
macam bayu menyapa rumput..
sayang ritmanya berkabut..
di mata tak nampak di hati berparut..
kau beras pulut ku hanya malukut..
takkan bersama masuk ke mulut..
jadi usah di ulang sebut..
hanya tambah buntu berserabut..

bagaimana untuk percaya..
bahasa lidah mu bercabang dua..
ibarat kata insan pujangga..
lelaki yang miskin harta..
ucapannya bermadu bersalut gula..

bukan ku hina..
tidak ku cerca..
tapi ku lihat secara nyata..
hati di dalam dapat merasa..
kita berbeza cara..
berlainan rentak bersilang gaya..
andai bersama jua..
seperti berenang di lubuk buaya..

biarlah aku mengalah..
dari mengundang padah..
tak perlu mencari salah..
apa lagi dendam dan marah..
aku tidak kalah..
hanya berundur secara bermaruah....



TOYOLKIUT: teringat zaman dulu2..

29 comments

Masrom said...

pasni tak yah la gaduh gula naik harga,, klau nak manis amik je gula kat mulat lelaki... hehehehe,, jgn mare gurau2 je

Uruchimaru @ kf said...

manis mulut bicara lah ni kan!

kata urg klu mo rezki bertambah.mulut kna manis..<---gule kena mkn sllu ke ni? adeh..

Aretikz said...

Yang begelar mnusia tetap ada kelebihan bermlut manis.. hehe.. cma keadaan yg mnyebabkan kita mnafsirkan kmanisan mulutnya..

Sharinginfoz said...

undur secara bermaruah tu sangat penting kan

CinderLaLa said...

bak kata menanam tebu di tepi bibir..erkk betul ker?? :)

daisy said...

salah satu strategi nak tackle pompuan kena mulut manis.baru hati cair~muehehe..

Norulhuda Sarbangi said...

lg 1 lelaki memang pandai menabur janji......

nizam omar said...

tak lelaki je yang manis mulut..perempuan apa kurangnya..hehehe.
Apa pun sabar lah, biar masa yang selesaikan masalah ni..

nettiara said...

Kelebihan anugerah tuhan mempunyai mulut manis bergula. Kalau digunakan untk kebaikan baik jadinya kl untuk kejahatan rosak binasa n punah ranah. So..pandai2lah guna kelebihan yg ada. Tepuk dada tanya iman..

Cik Liz a.k.a Leza said...

tenyeh cili kata mulut manis tu baru padan muka dia haha

Rahimah Ramlan said...

hoh? itu mamat walaupun xkaya harta tapi kaya gula..
bagus pon TK blah dengan maruah,
tak elok pon dengan orang camtu..
nanti cepat kena kencing manis..

take care dear

jangan biarkan hidup anda di selebungi gula...

a.samad jaafar said...

keputusan yang matang ..percintaan yang matang.. errr.. patut la kawan2 aku ramai yang ada kencing manis TK..t kasih atas jawapan bagi persoalan di otak bekuku selama ini hihihi...gurau je..

nizam omar said...

jalan2..tanya khabar...

hazdiela said...

ada jugak perempuan yang mulut manis kalah gula tebu!!heheheh

nizam omar said...

sila jengok MYredEYE..

Norulhuda Sarbangi said...

lama x online...mana menghilang?

ZaliHazali said...

kemanisan terasa kini

nizam omar said...

lama betul menghilangkan diri.Sabar lah..pengalaman mengajar kita menjadi seorang manusia yang tabah.

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W

nizam omar said...

naikkan trafik kamu..
Allah SWT telah menyembunyikan enam pekara

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

wanita bijak dan egotik takkan mudah cair dengan larutan gula semanis apapun:)


p/s: puisi anda terkesan di jiwa.

Mama Glam 4 Lil One said...

bagusnya info nih.. ladies, berjaga-jaga okies.

Amri Rani said...

Gula dan madu...manis
tp kebanyakan prempuan xsuka...
kenapa..???
mungkin....
dlm gula ada "wasangka"..
dalam madu ada "sengsara"..
namun bukan semuanya begitu...
dalam setandan pisang...
bukan semuanya "masang"....

nizam omar said...

lama betul menghilang kan diri..dengan sengaja meng nambahkan trafik..

Nuffnang: Statistik Kunjungan Blog

Mama Glam 4 Lil One said...

hah tu dia.. wat entry pasal gula dan lekaki, sekali kuar iklan nuffy psl eskrim conetto la pulak.. huhuhu.. mc tau tau jer nuffy tu kan..

nizam omar said...

lama menghilang..

Kancilbiru said...

letak semua jer kat mulut tu kalau celupar sangat....ekekeke

p.s: ruangan komen lebih indah jika tiada word verification itu...:)

nizam omar said...

singgah2 tengok2 member.
rajin2 le komen..

WAHIDA ALIAS said...

mulut je manis..tp sbnrye hampeh..haha

Keluang Man said...

hai.... salam kenal.... aku da folow blog ni... kalau sudi follow la pulak blog aku erkk.... http://atehwildan.blogspot.com